Very nice for family outing, cozy quiet place, ideal for family bonding, ada sungai comel di belakang chalet, air jernih sejuk, sangat refreshing. Staff very friendly, highly recommended
Chalet dan dormitori berhampiran anak sungai, dengan kolam renang, dewan dan BBQ. Lihat setiap bilik, semak harga, dan tempah terus secara dalam talian.
4.5 · 206 ulasan Google
Tonton suasana chalet, sungai dan kemudahan kami sebelum datang.
Harga seunit semalam. Tekan gambar untuk lihat semua sudut bilik dan kelengkapan.
Ulasan sebenar tetamu kami di Google.
Very nice for family outing, cozy quiet place, ideal for family bonding, ada sungai comel di belakang chalet, air jernih sejuk, sangat refreshing. Staff very friendly, highly recommended
MSM Ceria Chalet Lata Bayu memang sangat memuaskan. Fasiliti lengkap dan terjaga dengan baik, sesuai untuk keluarga dan rombongan. Suasana di sini sangat damai, tenang dan mendamaikan, jauh dari kesibukan bandar. Lokasi dekat dengan alam semula jadi, memang best untuk berehat dan lepaskan stress. Pasti akan datang lagi
Price is reasonable. The chalets' interior are quite spacious. Ample parking spaces. The "lata" is nice. Has some slides built in. Water depth is around waist level.
Kebanyakan kemudahan percuma untuk tetamu. Tekan gambar untuk paparan lebih besar.
Kedudukan setiap jenis bilik dan kemudahan. Tekan pelan untuk besarkan.
Untuk Family Day, Team Building, program sekolah dan retreat berkumpulan. Harga untuk keseluruhan unit dalam pakej, ditempah melalui WhatsApp.
Aktiviti bersama jurupandu. Pakej ditempah berasingan melalui WhatsApp. Tekan poster untuk butiran penuh.
Anggaran jarak memandu dari MSM Ceria Chalet.
Jarak ialah anggaran dan mungkin berbeza mengikut laluan.
Lot 10663, Lata Bayu, Kampung Asam Jawa, Mukim Pulai, 09100 Baling, Kedah.
Jawapan ringkas sebelum anda menempah.
Daftar masuk selepas 3:00 petang, daftar keluar sebelum 12:00 tengah hari. Lewat daftar keluar boleh jika bilik tiada tetamu masuk pada hari itu, dengan caj sejam mengikut jenis bilik.
Bayaran tempahan RM50 seunit semalam (tambah satu unit jika ambil BBQ Pit atau Dapur). Jumlah ini ditolak daripada harga penuh. Baki dijelaskan selewat-lewatnya 3 hari sebelum daftar masuk; jika anda menempah dalam tempoh itu, baki boleh dijelaskan di kaunter semasa daftar masuk.
Maklumkan kami sekurang-kurangnya 14 hari sebelum daftar masuk. Selepas itu, bayaran tempahan tidak dikembalikan. Penangguhan dibenarkan sekali, dalam tempoh 6 bulan dari tarikh asal, tertakluk kepada kekosongan.
Ya, RM50 sebilik dibayar semasa daftar masuk dan dipulangkan semasa daftar keluar jika tiada kerosakan atau pelanggaran peraturan.
Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma (tanpa katil tambahan). Pastikan jumlah tetamu tidak melebihi kapasiti bilik yang dipilih.
Boleh. BBQ Pit (RM50), Dapur (RM100) atau kedua-duanya (RM130) untuk malam pertama, dan lebih murah untuk malam berikutnya. BBQ dari 4:00 petang hingga 12:00 malam. Periuk nasi dan kuali elektrik tidak dibenarkan di dalam bilik.
8:00 pagi hingga 11:00 malam. Kanak-kanak mesti ditemani orang dewasa; tiada penjaga kolam.
Ya, WiFi percuma dan tempat letak kereta percuma disediakan.
Merokok di dalam bilik (kompaun sehingga RM300), haiwan peliharaan, minuman keras, senjata dan dadah. Speaker besar memerlukan kebenaran. Waktu senyap 12:00 malam hingga 8:00 pagi.
Boleh, sehingga kira-kira 117 orang dengan dewan, dewan makan dan pakej makan. Lihat Pakej kumpulan atau WhatsApp kami untuk sebut harga.
Semua dalam talian. Tiada caj tersembunyi.
Pilih tarikh dan bilik, harga dikira terus. Bayar tempahan dengan DuitNow QR, dan kami sahkan sebaik bayaran diterima.